Hubungan keintiman (seksual) makin lama makin hambar. Suami tidak lagi sehebat awal perkahwinan namun keperluan diri ini perlu juga dipenuhi. Suami pula melayan seksual kita seperti melepaskan batuk di tangga. Hanya melepas nafsu sendiri tanpa memikirkan diri kita ini.
Isteri selalunya sangat kenal suaminya. Ini anugerah Tuhan kepada seorang isteri. Sikap dan perangai suami semuanya dalam poket isteri. Sebagai isteri kita boleh rasa jika suami sudah mula pandai curang. Sudah mula pandai curi-curi main cinta dengan perempuan lain. Bila ianya dapat kita bongkar, Allahu… memang rasa naik angin. Rasa nak tarik rambut dia dan goncang-goncang kepalanya.
Bila dapat tahu suami nak bernikah satu lagi atau sudah bernikah lagi satu, ya Allah… Allah sahaja yang tahu betapa kecewanya dan terasa nak pecah hati ini. Terasa segalanya sudah tiada makna lagi. Yang paling ditakuti terasa diri ini bakal ditinggalkan.